Monday, June 9, 2008

PERLEMBAGAAN PERSATUAN MAHASISWA FAKULTI UNDANG-UNDANG








PERLEMBAGAAN
PERSATUAN
MAHASISWA FAKULTI
UNDANG-UNDANG
(PERUNDANG)





( HINGGA APRIL 2008 )




PERUNDANG
UNIVERSITI KEBANGSAAN
MALAYSIA



PERLEMBAGAAN PERSATUAN MAHASISWA
FAKULTI UNDANG-UNDANG


____________________________
SUSUNAN PERKARA

BAHAGIAN 1
NAMA, LAMBANG DAN MOTTO

Perkara

1. Nama dan alamat persatuan
2. Lambang persatuan
3. Motto persatuan


BAHAGIAN II
OBJEKTIF PERSATUAN
4. Objektif persatuan


BAHAGIAN III
KEAHLIAN
5. Keahlian
6. Jenis keahlian
7. Syarat keahlian
8. Hak ahli biasa
9. Tanggungjawab ahli
10. Bantahan


BAHAGIAN IV
KEWANGAN
11. Kewangan


BAHAGIAN V
PENTADBIRAN
12. Pentadbiran
13. Tempoh jawatan bagi Jawatankuasa Kerja
14. Kuasa Jawatankuasa Kerja
15. Perletakan jawatan
16. Mesyuarat Jawatankuasa Kerja
17. Kuasa melantik
18. Tugas dan kuasa Jawatankuasa Kerja


BAHAGIAN VI
MESYUARAT AGUNG DAN MESYUARAT AGUNG
LUARBIASA

19. Mesyuarat Agung
20. Agenda Mesyuarat Agung Tahunan
21. Notis mesyuarat dan quorum
22. Mesyuarat Agung Luarbiasa


BAHAGIAN VII
PERUBAHAN DAN PINDAAN

23. Perubahan dan pindaan
24. Pembuburan




BAHAGIAN VIII
TAFSIRAN

25. Tafsiran


BAHAGIAN IX
PERUNTUKAN TAMBAHAN DAN TINDAKAN
TATATERTIB

26. Peruntukan tambahan
27. Tindakan tatatertib




























PERLEMBAGAAN PERUNDANG

BAHAGIAN I

NAMA, LAMBANG DAN MOTTO


1. Nama, lambang dan motto persatuan

(a) Persatuan ini hendaklah dikenali sebagai Persatuan Mahasiswa Fakulti Undang-undang Universiti Kebangsaan Malaysia atau ringkasnya PERUNDANG

(b) Alamat persatuan ini ialah:

Persatuan Mahasiswa Fakulti Undang-Undang
(PERUNDANG)
d/a Fakulti Undang-Undang,
Universiti Kebangsaan Malaysia,
43600 Bangi,
Selangor.


Lambang persatuan

2. Lambang persatuan ini dibahagikan kepada dua(2) bahagian

i. Rupa bentuk Al-Quran terbuka di bahagian atas
ii. Rupa bentuk satu perisai di bahagian bawah


Perisai ini dibahagikan kepada tiga (3) bahagian iaitu atas, tengah dan bawah.












Bahagian atas : Mengandungi objek tukul

Bahagian tengah: Mengandungi motto persatuan, objek dacing, pena dan lambing segitiga ; dan

Bahagian bawah: Tulisan khat adalah singkatan kepada nama Persatuan Mahasiswa Fakulti Undang-undang iaitu PERUNDANG.

Warna :

Merah, kuning, biru, coklat, putih dan keemasan

Motto :

Ilmu, Amal, Adil.

Objek buku :

Al-Quran sebagai sumber perundangan utama dan gedung ilmu
pengetahuan.


Perisai :

Keteguhan persatuan dalam mempertahankan keadilan

Tukul :

Objek yang melambangkan ketentuan dalam memutuskan sesuatu persoalan undang-undang.

Neraca :

Simbol kedaulatan undang-undang dan keadilan

Pena :

Lambang perjuangan ahli persatuan

Lambang segitiga :

Struktur birokrasi kerajaan ; perundangan, pentadbiran dan kehakiman



Motto Persatuan

3. Motto persatuan ialah ; Ilmu, Amal, Adil













BAHAGIAN II

OBJEKTIF PERSATUAN

Objektif Persatuan

4. Objektif persatuan ini adalah untuk ;

(1) Melaksana, mengekal serta membuktikan ketertinggian Undang-undang Islam sebagai undang-undang suci yang diturunkan oleh Allah Ta’ala dan kesesuaian pengamalannya umah manusia sepanjang zaman, serta pengembalian undang-undang Islam kepada kedudukan yang sewajarnya.

(2) Pengamalan undang-undang sivil dan undang-undang Islam dalam memperjuangkan keadilan dan hak bersama di sisi undang-undang untuk kesejahteraan rakyat dan Negara.

(3) Mendedahkan dan menjalankan kegiatan yang munasabah, perlu, bersampingan dan berkaitan demi meningkatkan kesedaran terhadap isu-isu semasa yang berhubung dnegan persoalan undang-undang.


(4) Mewakili kepentingan keseluruhan ahli di dalam apa-apa urusan di antara Fakulti dan Pentadbiran Universiti.

(5) Menjamin kepentingan akademik dan kebajikan pelajar-pelajar di dalam perkara-perkara yang difikirkan perlu dan munasabah.

(6) Melatih dan meningkatkan disiplin di kalangan ahli persatuan untuk melahirkan individu yang bertanggungjawab dan berkelayakan.

(7) Menggalak dan mewujudkan hubungan dengan badan kehakiman dan perundangan, Majlis Peguam, persatuan-persatuan dan pertubuhan undang-undang dan apa-apa badan berkaitan dan mempunyai kepentingan samada di dalam atau di luar negeri serta:

(a) Mengada dan menyertai syarahan, seminar symposium dan sebagai dengannya yang difikirkan perlu dan munasabah.

(b) Sebarang penerbitan bercorak undang-undang yang dikelolakan oleh pelajar-pelajar bagi menggalakkan pensyarah dan pelajar-pelajar undang-undang melahirkan pendapat dari perspektif undang-undang dan masyarakat.

(c) Mengatur dan merancang lawatan ke institusi (yang berkaitan dan difikirkan perlu) dan munasabah dengan pengajian undang-undang samada di dalam atau di kuar negeri.

(8) Menjalankan penyelidikan dan kajian serta pengumpulan maklumat yang berkaitan dengan undang-undang.










BAHAGIAN III

KEAHLIAN

Keahlian

5. Keahlian adalah secara berdaftar dan disahkan

(1) Permohonan hendaklah dibuat di dalam borang yang ditentukan oleh persatuan.
(2) Jawatankuasa Kerja adalah berhak melulus atau menolak permohonan jika didapati tidak memenuhi syarat.
Jenis keahlian
6. Terdapat tiga (3) jenis keahlian :
(1) Ahli biasa
Semua pelajar Fakulti Undnag-undang adalah tertakluk kepada Bahagian 3, Perkara 5 dan seterusnya berhak atas segala kemudahan hak-hak mengundi dan memegang jawatan.
(2) Ahli Kehormat
Boleh dilantik dari kalangan orang-orang yang berkelayakan dalam bidang perundangan. Perlantikan tersebut boleh dibuat dengan persetujuan majoriti ahli melalui cadangan bertulis yang dikemukakan oleh sekurang-kurangnya tujuh (7) hari dari mesyuarat agung.
(3) Alumni
Semua graduan lepasan dari Fakulti Undang-undang Universiti Kebangsaan Malaysia yang berminat adalah selepas permohonan boleh menjadi ahli.
Dengan syarat Fasal (2) dan (3) adalah tidak mempunyai hak untuk mengundi atau memegang sebarang jawatan dan tidak dibenarkan mempengaruhi ahli-ahli biasa di dalam hak mengundi.
Syarat keahlian
7. Syarat-syarat keahlian:
(1) Ahli-ahli hendaklah terdiri daripada pelajar Fakulti Undang-undang dari Fakulti Undang-undang
(2) Ahli-ahli juga hendaklah tidak pernah disabitkan dengan sebarang kesalahan di abwah Jawatankuasa Tatatertib Universiti atau undang-undang.
(3) Ahli-ahli Kehormat dan Alumni yang didapati bersalah di bawah undang-undang jenayah dalam mana-mana Mahkamah Keadilan adalah secara automatik gugur keahliannya.

Hak ahli biasa
8. Hak-hak ahli biasa:
(1) Berhak untuk mencadang, bercakap, menyokong dan mengundi dalam semua Mesyuarat Agung Persatuan.
(2) Berhak bertanding untuk dipilih memegang sebarang jawatan (Jawatankuasa Kerja) di dalam persatuan tertakluk kepada syarat-syarat berikut:
(a) Tiada seorang pelajar yang keputusan perbicaraan tatatertib terhadapnya masih ditunggu atau yang telah didapati bersalah atas suatu kesalahan tatatertib, boleh dipilih atau terus lagi menjadi ahli persatuan atau mana-mana jawatankuasa di dalam persatuan melainkan jika dibenarkan secara bertulis oleh Naib Canselor.
(b) Seseorang pelajar yang belum lagi masuk peperiksaan yang pertama di universiti bagi kursus pengajian atau yang telah gagal atau yang tidak masuk peperiksaan baharu lalu yang diadakan oleh universiti bagi kursus pengajian itu sebelum sahaja pemilihan atau pemilihan-pemilihan yang dicadangkan bagi persatuan atau oleh persatuan atau oleh jawatankuasa kerja di dalam persatuan adalah hilang kelayakan daripada dipilih di dalam pemilihan atau pemilih-pemilih itu.
(3) Meminta secara bertulis untuk melihat rekod-rekod dan akaun-akaun persatuan dengan syarat memberitahu secara bertulis untuk melihat rekod-rekod dan akaun-akaun persatuan tujuh (7) hari terlebih dahulu kepada Setiausaha Agung.
[Mengikut Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (pindaan
1975) s.48 (7) & (8) ]






Tanggungjawab ahli
9. Tanggungjawab ahli;
(1) Menghormati dan patuh kepada peraturan persatuan
(2) Patuh kepada segala keputusan yang diambil di dalam Mesyuarat Agung Tahunan, melainkan jika ahli itu telah berhenti daripada persatuan terlebih dahulu.
(3) Melaksanakan semua tugas-tugsa yang diamanahkan oleh persatuan kepadanya.
(4) Ahli yang hendak berhenti hendaklah memberitahu secara bertulis kepada Setiausaha Agung.

Bantahan
10. Sebarang bantahan kepada persatuan boleh dibuat sekurang-kurangnya oleh seorang (1) dari ahli biasa dan disokong oleh sekurang-kurangnya oleh tiga (3) orang daripada ahli biasa.









BAHAGIAN IV
KEWANGAN
Kewangan
11. Persatuan tidak boleh menyelenggarakan apa-apa kumpulan wang atau membuat apa-apa pemungutan wang atau membuat apa-apa punca pun, tetapi apa-apa belanja yang berpatutan yang boleh dilakukan oleh persatuan dengan terlebih dahulu dibenarkan secara bertulis oleh Naib Canselor boleh dibayar oleh Universiti jika tuntutan-tuntutan bertulis yang berpatutan yang boleh dilakukan oleh persatuan dengan terlebih dahulu dibenarkan secara bertulis oleh Naib Canselor boleh dibayar oleh universiti jika tuntutan-tuntutan bertulis yang berpatutan yang disokong dengan resit-resit dan voucer-voucer dikemukakan oleh Persatuan kepada Naib Canselor dan diluluskan oleh Naib Canselor.
BAHAGIAN V
PENTADBIRAN
Pentadbiran
12 Struktur pentadbiran persatuan:
i. Presiden
ii. Naib Presiden
iii. Setiausaha Agung
iv. Timbalan Setiausaha Agung
v. Bendahari
vi. Setiausaha Pelajaran dan Pendidkan
vii. Timbalan Setiausaha Pelajaran dan Pendidkan
viii. Setiausaha Moot dan Bahas
ix. Timbalan Setiausaha Moot dan Bahas
x. Setiausaha Kebajikan dan Kerohanian
xi. Timbalan Setiausaha Kebajikan dan Kerohanian
xii. Setiausaha Sukan
xiii. Timbalan Setiausaha Sukan
xiv. Setiausaha Penerangan dan Penerbitan
xv. Timbalan Setiausaha Penerangan dan Penerbitan
xvi. Setiausaha Bahagian Hal Ehwal Wanita
xvii. Timbalan Setiausaha Bahagian Hal Ehwal Wanita
xviii. Setiausaha Tugas-tugas Khas
xix. Timbalan Setiausaha Tugas-tugas Khas

Tempoh jawatan bagi Jawatankuasa Kerja
10. Semua ahli-ahli Jawatankuasa Kerja dan pemegang-pemegang jawatannya hendaklah dipilih selama setahun melalui pilihanraya yang akan diadakan dan perlu disahkan perlantikan itu oleh Mesyuarat Agung
13A. Semua ahli-ahli jawatankuasa kerja dan pemegang-pemegang jawatannya hendaklah dianggap secara automatik terbubar dan dianggap terlucut jawatan apabila telah sampai tempoh setahun dan satu pilihanraya perlu diadakan dalam tempoh 14 hari selepas pembuburan itu. Seruhanjaya mestilah mendapat kelulusan Dekan bagi mengadakan pilihanraya tersebut.

Kuasa jawatankuasa kerja
14. (1) Jawatankuasa Kerja boleh membentuk dari semasa ke semasa dengan terlebih dahulu mendapat kebenaran secara bertulis dari Naib Canselor, jawatankuasa ad hoc antara ahli-ahlinya bagi maksud dan tujuan yang tertentu.
(2) Memanggil Mesyuarat Agung Luarbiasa persatuan bagi membincangkan sesuatu perkara yang dianggap mustahak
(3) Menerima perletakan jawatan dari mana-mana Ahli Jawatankuasa ad hoc dan memenuhkan kekosongan itu.


Perletakan jawatan
15. (1) Sebarang notis perletakan jawatan hendaklah dikeluarkan dalam masa tujuh (7) hingga empat belas (14) hari.
(2) Sebarang perletakan jawatan oleh ahli Jawatankuasa Kerja, Ahli Jawatankuasa kerja yang lain adalah berhak untuk melantik pemangku bagi jawatan itu.
[bidangkuasa pemangku adalah dijelaskan di dalam bahagian 5, Perkara 18(7)]



Mesyuarat Jawatankuasa Kerja
16 (1) Jawatankuasa Kerja hendaklah mengadakan perjumpaan sekurang-kurangnya dua (2) kali setiap semester.
(2) Jawatankuasa Kerja hendaklah mengadakan mesyuarat dari semasa ke semasa sebagaimana yang difikirkan perlu dan menjadi kewajipan Setiausaha Agung menyimpan minit tiap-tiap mesyuarat Jawatankuasa Kerja dan minit itu hendaklah disahkan di suatu mesyuarat yang berikutnya.
(3) Empat (4) orang ahli Jawatankuasa Kerja menjadi satu quorum dan akan dipengerusikan oleh Presiden atau Naib Presiden
(4) Mesyuarat Jawatankuasa Kerja hendaklah dipanggil oleh Setiusaha Agung dengan memberi notis bertulis berkenaan mesyuarat tidak kurang tujuh (7) hari sebelum mesyuarat
(5) Mesyuarat khas akan dipanggil oleh Setiausaha Agung di dalam masa tujuh (7) hari dari penerimaan bertulis yang ditandatangani oleh sekurang-kurangnya tiga (3) orang ahli Jawatankuasa Kerja. Hanya perkara-perkara yang diusulkan sahaja akan dibincangkan.
(6) Bagi sesuatu perkara yang mendesak dan mesyuarat Ahli Jawatankuasa Kerja tidak dapat diadakan untuk membincangkan perkara itu, Setiausaha Agung boleh mengadakan surat pekeliling dan memperolehi persetujuan secara bertulis. Perkara ini hendaklah dilaporkan oleh Setiausaha Agung kepada mesyuarat Jawatankuasa Kerja yang berikutnya.


(7) Mana-mana ahli Jawatankuasa Kerja yang tidak hadir tiga (3) kali berturut-turut tanpa memberi sebab-sebab yang memuaskan kepada Setiausaha Agung adalah disifatkan sebagai telah meletak jawatan.
(8) Keputusan mesyuarat Jawatankuasa Kerja hendaklah diambil mengikut undi terbanyak dengan tidak kurang dua pertiga (2/3) daripada ahli-ahli Jawatankuasa Kerja yang hadir dan mengundi.

Kuasa melantik
17. Jawatankuasa Kerja mempunyai kuasa untuk melantik mana-mana ahli biasa untuk mengisi apa-apa kekosongan semasa tempoh memegang jawatan dan berhak melantik Jawatankuasa Kecil yang terdiri dari mana-mana ahli biasa untuk apa-apa aktiviti yang tertentu.

Tugas dan kuasa Jawatankuasa Kerja
18. (1) Presiden
(a) Menjadi pengerusi bagi setiap semua mesyuarat Jawatankuasa Kerja dan menandatangani minit mesyuarat yang disahkan.
(b) Berhak memanggil mesyuarat Jawatankuasa Kerja
(c) Mengeluarkan kenyataan kepada ahli mengenai rancangan persatuan.
(d) Bersama dengan Setiausaha Agung menimbangkan dan memutuskan bagi persatuan perkara-perkara pentadbiran dan aktiviti persatuan yang memerlukan tindakan segera.
(e) Bersama bendahari menandatangani resit dan voucer untuk segala tuntutan perbelanjaan bagi kelulusan Naib Canselor.
(2) Naib Presiden
(a) Jika bagi suatu tempoh yang lama Presiden tidak berupaya oleh sebab sakit, cuti atau apa-apa sebab lain untuk menjalankan mana-mana daripada tugas jawatannya, maka Naib Presiden hendaklah menjalankan tugas itu.
(b) Membantu Presiden dalam urursan persatuan

(3) Setiausaha Agung
(a) Menjadi ketua sekretariat persatuan
(b) Bertanggujawab atas segala surat menyurat persatuan bagi mesyuarat-mesyuarat persatuan.
(c) Menyimpan rekod dan minit mesyuarat persatuan.
(d) Menyiapkan laporan tahunan persatuan
(e) Menjalankan tugas yang telah diputuskan oleh Mesyuarat Jawatankuasa Kerja
(f) Menyimpan senarai ahli-ahli persatuan dengan lengkap

(4) Timbalan Setiausaha Agung
(a) Jika bagi suatu tempoh yang lama, Setiausaha Agung tidak berupaya oleh sebab sakit, cuti atau sebab-sebab lain untuk menjalankan mana-mana daripada tugasan jawatannya, maka Timbalan Setiausaha Agung hendaklah menjalankan tugas itu.
(b) Menjalankan tugas-tugas yang diputuskan oleh mesyuarat Jawatankuasa Kerja dari semasa ke semasa.

(5) Bendahari
(a) Menyimpan akaun-akaun persatuan seperti ditetapkan oleh Bendahari Universiti.
(b) Menyimpan akaun-akaun persatuan dengan sepatutnya dan tidak lewat daripada tiga (3) bulan selepas akhir tiap-tiap tahun kewangan iaitu suatu tahun kewangan sebagaimana yang ditentukan oleh Naib Canselor. Satu salinan akaun-akaun tersebut yang telah diaudit oleh seorang yang dilantik oleh majlis hendaklah dikemukakan oleh persatuan kepada majlis untuk diluluskan.
(c) Bersama Presiden menandatangani resit dan voucer dan mengemukakan tuntutan-tuntutan yang berpatutan yang disokong dengan resit-resit dan voucer-voucer itu bagi diluluskan oleh Naib Canselor untuk dibayar oleh Universiti.
(d) Bertanggungjawab penuh atas soal kewangan persatuan.
(e) Segala laporan kewangan akan disemak oleh dua (2) orang juruaudit yang dilantik di kalangan ahli biasa di dalam Mesyuarat Agung Tahunan.
[Mengikut Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (pindaan 1975) s. 48(2)]

(6) Setiausaha lain-lain; yang diluluskan oleh Naib Canselor menjalankan tugas-tugas yang dinyatakan di dalam bahagian V Perkara 12
(7) Pemangku ; Jawatankuasa Kerja berhak untuk melantik pemangku bagi sebarang perletakan jawatan. Pemangku akan hanya meneruskan dasar-dasar pemegang jawatan sebelumnya.



BAHAGIAN VI
MESYUARAT AGUNG DAN MESYUARAT AGUNG
LUAR BIASA
Mesyuarat Agung
19. (1) dimansuhkan
(2) Mesyuarat ini boleh membuat keputusan tentang pindaan aturan dan perkara-perkara yang berhubung hak ahli
(3) Semua Mesyuarat Agung hendaklah dipengerusikan oleh presiden dan jika tidak hadir oleh Naib Presiden
(4) Mesyuarat Agung Tahunan hendaklah diadakan bagi membincangkan perkara-perkara berikut:
(a) Bagi membincangkan aktiviti-aktiviti pencapaian dan kedudukan persatuan
(b) Pengundian dan perlantikan Jawatankuasa Kerja yang baru.
(c) Dan lain-lain perkara yang difikirkan perlu dan munasabah mengenai ahli-ahli dan persatuan.

20. Agenda Mesyuarat Agung Tahunan hendaklah mengandungi:
i. Ucapan Presiden
ii. Ucapan dari tetamu jemputan (jika ada)
iii. Membentang, menerima, dan mengesahkan laporan persatuan.
iv. Membincangkan akaun-akaun persatuan (penyata kewangan) yang telah diaudit
v. Membincangkan perkara-perkara yang telah diberitahu awal oleh Setiausaha Agung
vi. Memilih Jawatankuasa Kerja baru
vii. Ucapan ringkas dari presiden baru.
Setiausaha Agung hendaklah menghantar segala minit, laporan usul, akaun yang telah dibuat dan lain-lain kertas mesyuarat kepada ahli sekurang-kurangnya 7 hari sebelum mesyuarat.

Notis mesyuarat dan quorum
21. (1) Notis bagi Mesyuarat Agung Tahunan hendaklah di tampal di papan-papan kenyataan Universiti beserta dengan agendanya sekali sekurang-kurangnya tujuh (7) hari sebelum mesyuarat itu diadakan.
(2) Quorum Mesyuarat Agung Tahunan mestilah tidak kurang dua pertiga (2/3) daripada ahli biasa yang mendaftar, atau tidak kurang dua puluh lima (25) orang dari setiap tahun pengajian tidak termasuk Ahli Jawatankuasa PERUNDANG, atau atas budi bicara ahli dewan

Mesyuarat Agung Luarbiasa
22 (1) Mesyuarat Agung Luarbiasa hendaklah diadakan apabila ada permintaan dari sepuluh (10) atau lebih ahli-ahli biasa persatuan yang menandatangani surat rasmi memohon supaya mesyuarat itu diadakan dengan syarat ianya diluluskan terlebih dahulu oleh Naib Canselor. Surat hendaklah menyatakan sebab-sebab mesyuarat ingin diadakan dan akan hanya membincangkan perkara-perkara yang diusulkan.
(2) Mesyuarat Agung Luarbiasa boleh diadakan atas kehendak Jawatankuasa Kerja dengan syarat ianya diluluskan terlebih dahulu oleh Naib Canselor.
(3) Notis mesyuarat hendaklah dikeluarkan tujuh (7) hari sebelum mesyuarat diadakan.
(4) Keputusan Mesyuarat Agung Luarbiasa hendaklah diambil mengikut terbanyak dengan tidak kurang daripada dua pertiga (2/3) ahli-ahli yang hadir dan mengundi.








BAHAGIAN VII
PERUBAHAN DAN PINDAAN
Perubahan dan pindaan
23 (1) Peruntukan dalam perlembagan ini hanya boleh dipinda di dalam Mesyuarat Agung Tahunan sahaja. Pindaan tidak boleh dibuat melainkan secara notis bertulis yang dikemukakan kepada jawatankuasa kerja sekurang-kurangnya empat belas (14) hari sebelum Mesyuarat Agung Tahunan.
(2) Pindaan adalah sah sekiranya mendapat persetujuan dua pertiga (2/3) ahli yang hadir dan berhak mengundi
(3) Setiausaha Agung hendaklah melaporkan kepada Majlis Universiti mengenai perubahan dan pindaan peraturan
(4) Pindaan dan perubahan kepada peraturan hanya berkuatkuasa setelah ianay diluluskan oleh Majlis Universiti.

Pembubaran
24. (1) Persatuan boleh dibubarkan dengan syarat tidak lebih dari Sembilan (9) ahli menentang
(2) Notis pembubaran akan diberi kepada Naib Canselor dalam masa tujuh (7) hari selepas pembubaran
(3) Naib Canselor boleh membubarkan persatuan ini mengikut peraturan seksyen 16 Akta 30, Akta Universiti Kebangsaan dan Kolej Universiti.


BAHAGIAN VIII
TAFSIRAN
Tafsiran
25 (1) Jika sekiranya berlaku pertelingkahan mengenai perkara-perkara di dalam peruntukan ini, maka tafsiran yang diterima adalah tafsiran yang diputuskan oleh Jawatankuasa Kerja setelah merundingkan perkara itu dengan Naib Canselor.
(2) Tafsiran yang diputuskan oleh Jawatankuasa Kerja ialah ‘ahli’ seperti yang termaktub di dalam syarat-syarat keahlian, Bahagian III Perkara 6
“Jawatankuasa Kerja” merujuk kepada ahli-ahli yang dilantik secara pengundian di dalam Mesyuarat Agung Tahunan atau ahli yang dilantik oleh Jawatankuasa Kerja yang sedia ada dengan persetujuan seluruh ahli biasa yang ada.
“Munasabah” merujuk kepada apa-apa kegiatan yang dipersetujui oleh Ahli Jawatankuasa Kerja dan Majlis Universiti.
“Kebajikan” bermaksud segala bentuk kerja amal yang tidak bertentangan dengan matlamat penubuhan persatuan (Bahagian II)
“Perubahan” termasuklah segala pemansuhan, penggubalan atau apa-apa tindakan yang meniadakan apa-apa peruntukan asal
“Mempengaruhi” bermaksud tindakan yang boleh menyebabkan ahli-ahli mengubah pendiriannya dalam pilihanraya. Jika perkara ini dapat dibuktikan, di mana pengundian berlaku atas pengaruh ahli-ahli selain dari ahli-ahli yang layak mengundi, pengundian sedemikian adalah batal.
“Calon” bermaksud seseorang yang telah dicalonkan untuk bertanding berdasarkan peruntukan dalam perlmebagaan ini.
“Suruhanjaya” merujuk kepada Suruhanjaya Pilihanraya PERUNDANG yang dilantik berdasarkan peruntukan Perlembagaan ini.
“Kawasan pengundian” merujuk kepada kawasan pengundian bagi pilihanraya PERUNDANG.
“Pengundi” bermaksud ahli-ahli PERUNDANG yang layak dan berhak untuk mengundi
“Dekan” bermaksud Dekan Fakulti Undang-undang Universiti Kebangsaan Malaysia
“Penolong Pendaftar” bermaksud Penolong Pendaftar Fakulti Undang-undang Universiti Kebangsaan Malaysia.
(3) Bagi peruntukan dalam Perkara 4 fasal 7 (a), Bahagian II adalah tertakluk kepada kelulusan dari Naib Canselor.










BAHAGIAN IX
PERUNTUKAN TAMBAHAN DAN TINDAKAN TATATERTIB

Peruntukan tambahan
26 Apa-apa perkara yang terkandung di dalam peruntukan tambahan ini adalah merupakan sebahagian dari perlembagaan persatuan dan hendaklah dipatuhi.
Etika pelajar :
(a) Disiplin berpakaian sewaktu menghadiri kuliah-kuliah tambahan atau gentian dan tutoran. Pakaian hendaklah kemas, bersopan, dan tidak menjolok mata.
Ilustrasi – pakaian yang dianggap tidak sesuai ialah seperti baju T tanpa kolar dan apa-apa pakaian yang seumpama dengannya
(b) Peraturan ini juga terpakai di mana-mana Pejabat Fakulti dan Pentadbiran
(c) Pakaian semasa di Koleksi Undang-undang adalah tertakluk kepada arahan Ketua Perpustakaan
Tindakan tatatertib
27 (1) Sebarang tindakan, kelakuan dan apa-apa perbuatan yang dianggap menjatukan nama baik Persatuan dan fakulti atau yang bertentangan dengan ajaran Islam atau menyebarkan sebarang salah faham tentang Islam akan diambil tindakan disiplin.
(2) Badan disiplin adalah terdiri daripada lima (5) ahli, iaitu Dekan sebagai pengerusi, dua (2) pensyarah, Presiden Persatuan, dan seorang ahli biasa yang dilantik apabila timbul sebarang kes yang perlu diputuskan.
(3) Amaran akan dikeluarkan bagi tiap-tiap kesalahan dan tindakan tatatertib adalah tertakluk kepada budi bicara Badan Disiplin.

Falsafah persatuan
Ilmu dan Amal yang bersumberkan Al-Quran adalah dasar utama keadilan. Melakukan keadilan seperti yang diamanahkan adalah tugas utama keadilan keseluruhan ahli persatuan.















BAHAGIAN X
PERUNTUKAN BERKAITAN DENGAN PILIHANRAYA PERUNDANG
Pengawalseliaan dan pengurusan pilihanraya
28. Bagi tujuan pilihanraya PERUNDANG, maka hendaklah ditubuhkan sebuah jawatankuasa yang dikenali sebagai Suruhanjaya Pilihanraya bagi mengurus dan mengawal selia proses dan perjalanan pilihanraya PERUNDANG.

Komposisi, perlantikan dan pemecatan
29. (1) Komposisi serta keahlian Suruhanjaya adalah seperti berikut:
(a) seorang pengerusi
(b) seorang setiausaha; dan
(c) empat orang ahli yang lain
(2) Semua ahli Suruhanjaya ini hendaklah dilantik secara rasmi dengan secara bertulis oleh Penolong Pendaftar di atas nasihat PERUNDANG yang akan meletakkan jawatan.
(3) Semua ahli Suruhanjaya hendaklah dipilih dengan kuasa budibicara Dekan dengan nasihat daripada Timbalan Dekan dan Penolong Pendaftar.
(4A) Empat orang ahli seperti di dalam fasal (1)(c) hendaklah terdiri daripada wakil-wakil pelajar dari setiap tahun pengajian.
(5) Semua ahli Suruhanjaya hendaklah memegang jawatan selama satu semester dan boleh dilantik semula bagi semester yang seterusnya bagi menghadapi pilihanraya pada sesi akan datang.

Kuasa am dan tugas-tugas Pengerusi SPR
30 (1) Mengetuai pengurusan Suruhanjaya dan akan menjadi ketua pengurusan Suruhanjaya, tertakluk kepada arahan, pengawasan dan kawalan pada setiap masa dan dalam semua keadaan daripada Dekan dan Timbalan Dekan.
(2) Melaksana tugas seperti yang ditetapkan dan diputuskan oleh Suruhanjaya.
(3) Mengawal dan menjalankan pengawasan terhadap semua ahli Suruhanjaya.


Kuasa Suruhanjaya
31 Suruhanjaya hendaklah:
(a) Menjalankan kawalan dan pengawasan terhadap proses pilihanraya dan pendaftaran calon, dan hendaklah menjalankan tugas dengan adil, telus dan berdasarkan kepada Perlembagaan PERUNDANG.
(b) Mempunyai kuasa untuk mengeluarkan peraturan subsidiary jika dianggap penting dan perlu oleh Suruhanjaya PERUNDANG dan tertakluk kepada pengesahan Dekan.
(c) Melaksanakan dan menjalankan semua kuasa sepertimana yang termaktub di dalam perlembagaan PERUNDANG.
(d) Tidak tertakluk kepada mana-mana ahli Jawatankuasa Kerja atau pemegang-pemegang jawatan PERUNDANG yang lain dalam menjalankan dan melaksanakan semua tugas di bawah perlembagaan ini.
(e) Membuat persiapan pilihnaraya termasuklah mengeluarkan dan mencetak senarai nama calon-calon dan pemberitahuan kepada umum sebarang informasi berkaitan pilihanraya yang akan diadakan tertakluk kepada pengesahan Dekan.
(f) Membuat daftar calon-calon pilihanraya.

32 Dimansuhkan

Notis Pilihanraya
33 Suruhanjaya hendaklah mengeluarkan notis pilihanraya sekurang-kurangnya dalam tempoh tidak kurang dari 7 hari sebelum pengundian dijalankan tertakluk kepada pengesahan dan budibicara oleh Dekan

Proses pilihanraya
34 (1) Calon yang mendapatkan undi terbanyak adalah dikira ebagai ahli yang Berjaya menjadi ahli pemegang jawatan dalam PERUNDANG.
(2) (a) Dimansuhkan
(3) Pengundi hendaklah menjalankan pengundian dengan menggunakan kertas undi yang disediakan dan memasukkan kertas undi mereka di peti undi yang disediakan oleh suruhanjaya.
(4) Undi mereka adalah rahsia.
(5) Setiap wakil calon dan wakil Fakulti Undnag-undang UKM perlu ada semasa proses pengiraan dijalankan.

Proses pemilihan dan penamaan calon
35 (1) Penamaan calon akan dibuat pada tarikh yang akan ditetapkan oleh Pengerusi Suruhanjaya sejurus selepas kabinet PERUNDANG yang sedia ada meletakkan sebelum Mesyuarat Agong Tahunan diadakan
(2) Setiap ahli PERUNDANG Tahun 1 dan 2 Fakulti Undang-undang berhak untuk dicalonkan atau mencalonkan mana-mana pelajar Tahun 2 lain untuk bertanding bagi jawatan-jawatan di dalam PERUNDANG
(2A) Setiap ahli PERUNDANG berhak mencalonkan ahli PERUNDANG Tahun 1 Fakulti Undang-undang untuk bertanding bagi jawatan timbalan exco
(3) Pencalonan hanya akan diterima sekiranya terdapat seorang pencadang dan dua orang penyokong dan boleh dibuka untuk bantahan dan pencalonan lain
(4) Pelajar yang namanya dicalonkan boleh menarik diri daripada bertanding dengan mengemukakan bantahan, secara sendiri atau melalui wakilnya dalam tempoh dua puluh empat (24) jam selepas namanya dicalonkan atas alasan-alasan berikut:
(a) pencalonan tersebut tidak dibuat secara bona fide kerana terdapat unsure untuk memperolok-olok, membuli dan sebagainya; ATAU
(b) pelajar yang dicalonkan telah memegang jawatan dalam mana-mana persatuan lain yang menyukarkannya memberikan komitmen penuh kepada tugas di dalam PERUNDANG; ATAU
(c) apa-apa alasan lain yang drasakan wajar oleh Pengerusi Suruhanjaya untuk membatalkan pencalonan tersebut

Peraturan kempen dan kesalahan pilihanraya
36 (1) Peraturan ini mengikat calon, wakilnya, penyokongnya atau orang perseorangan yang ditafsirkan menyebelahi calon
(2) Sepanjang tempoh berkempen, calon, agen atau penyokongnya perlu mematuhi perkara-perkara yang tersebut di bawah:
(a) calon atau agennya dilarang menampal atau menyediakan apa-apa poster melainkan poster yang disediakan oleh pihak Suruhanjaya
(b) calon-calon dan agennya boleh berkempen dalam bilik kuliah 10 minit sebelum kuliah bermula atau 10 minit sebelum kuliah berakhir, tertakluk kepada pensyarah berkenaan.
(c) calon dan agennya dilarang melakukan kempen yang bersifat memburukkan imej calon-calon lain atau apa-apa kempen yang bertentangan dengan peraturan Universiti
(3) Pengerusi Suruhanjaya mempunyai hak untuk membatalkan pencalonan mana-mana calon yang melanggar peraturan di atas.